welcome

Tali Air Kanan Tebuk Panchor,
34400 Semanggol

|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Catatan Khas: Buat Yang Tidak Tahu dan Yang Terlupa

  1. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. 

Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini.  Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama. 

  1. Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988.? 

Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988. 

Read more ...
|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

*Kenyataan Media Presiden PAS*

 *"PANDANGAN POLITIK PAS"*

 1) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. 

 2) PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS  bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

 3) Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Read more ...
|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

(edisi Ulang Siar ) KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PENDIRIAN DAN CADANGAN BALAS PAS TERHADAP BAJET 2016

“BAJET MENYUSAHKAN RAKYAT, MENYENANGKAN KERAJAAN”

PENDAHULUAN

untuk memastikan agar perancangan dalam bajet tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seterusnya kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam kesemua aspek.

PAS telah meneliti Bajet 2016 seperti yang telah dibentang oleh YAB Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015 baru-baru ini. Berikutan dengan itu, sebuah jawatankuasa terdiri dari kalangan pakar yang mempunyai kepelbagaian latar belakang telah dibentuk oleh Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS serta Pusat Penyelidikan PAS (PPP) untuk meneliti kandungan bajet tersebut.

Penelitian PAS terhadap bajet tersebut adalah dengan objektif paling utama, iaitu

PAS juga meletakkan objektif penelitian bajet tersebut dengan hasrat agar dapat memberi cadangan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu, khasnya dalam konteks membawa kesejahteraan serta mengurangkan bebanan rakyat.

Read more ...