welcome

Tali Air Kanan Tebuk Panchor,
34400 Semanggol

|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KAPSUL RAMADHAN 4 : Memburu Taqwa Tanpa Noktah

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Matlamat agung dari ibadat puasa ialah untuk mencapai sasaran takwa. Taqwa adalah nilai rohani dan maknawi paling berharga jika bertahta di dalam hati manusia. Sifat ketakwaan inilah yang bersemarak dalam hati ketika mengerjakan puasa dan ibadat-ibadat lain justeru terjunjung tingginya perintah Allah dan mengutamakan keredhaannya.

Takwa itulah juga yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dan juga ibadat-ibadat lain dengan berlakunya salah laku yang sebenarnya bermula dari lompang dalaman di hati. Makanya ibadat secara umumnya dan puasa secara khususnya adalah latihan dan praktis menjana dan mencetus kemarakan nilai taqwa di dalam hati.

Read more ...
|
Written by Super User
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KAPSUL RAMADHAN 3 : Keutamaan Bersahur

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersahurlah kamu semua, kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

(Muttafaq 'alaih)

Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

 Dari Zaid bin Tsabit RA yang berkata,”Kami pernah makan sahur bersama Nabi SAW, kemudian kami berdiri untuk shalat (Shubuh).’ Lalu Anas bertanya kepada Zaid bin Tsabit, ‘Berapa lama antara keduanya (sahur dan shalat Shubuh)?’ Zaid bin Tsabit menjawab,’Kadarnya (lamanya) sekitar bacaan 50 ayat.” (HR Bukhari, Muslim, Nasa`i, Tirmidzi, dan Ibnu Majah).

Berdasar pada hadis di atas,maka makan pada jam 12 tengah malam,3 pagi bukanlah sahur.Ia makan tengah malam dan makan pagi.

Read more ...