Diterbitkan: 19 Jun 2016
Ditulis oleh Mohd Fadli Ghani
PADA hari ini dalam tahun 2009, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS) dan Ustaz Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulamak PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak) di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur kerana membincangkan isu kerajaan perpaduan (UG) yang hangat diperkataan. Dalam pertemuan ini, Mursyidul Am PAS itu telah mengarahkan supaya isu UG ditamatkan kerana ia telah dimanipulasikan oleh media dalam suasana Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan berlangsung pada 15 Julai 2009.